Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan
lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500
tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai
Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan
dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka,
dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang
yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar
berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan
kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku
sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar
apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat
Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi
Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah
aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan
kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi
seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang
pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan
ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa
terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW
melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan
menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik
muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa
mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan
mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka
tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga,
ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira
melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak
yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan
lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka,
mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka
memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi
ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga
bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara
tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku
melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul.
Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu
berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:
“Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan
menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat
pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat
Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di
kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya,
ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas
kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan
meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka
menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda:
“Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada
mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di
belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita
memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini
dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
YA ALLAH JIKA AKU SEORANG DARIPADA UMAT MU YANG BERAT DASANNYA AMPUNKANLAH AKU..YA ALLAH JIKA IBU BAPAKU TERMASUK KEDALAM ORANG YANG BERDOSA AMPUNKANLAH YAH ALLAH KU MOHON PADA MU...UMMI INI IJAH KALAU UMMI BACA INI IJAH HARAP UMMI BALIKLAH DI RUMAH KAMI RINDU SETIAP KALI IJAH INGAT PASAL UMMI PERASAAN X SEDAP IJAH SELALU RISAU DAN SELALU BERDOA PADA TUHAN AGAR ALLAH MELINDUNGI MU WAHAI IBUKU TERCINTA.....:<
ReplyDeleteampunilah kedua ibubapa hamba serta umat islam y lain..amin
ReplyDelete