Saturday 30 July 2022

Alam Jin




Jin adalah makhluk Allah subhanahu wa Ta’ala yang hidup di alam lain, selain alam manusia dan alam maliakat. Di antara mereka dan manusia terdapat persamaan dari sudut sifat akal dan kedudukannya. Termasuk dari sisi kemampuan mereka untuk berbuat baik dan buruk. Perbezaan ketara mereka dengan manusia adalah dari segi penciptaan. Allah telah mengatakan bahawa jin itu diciptakan dari api, sebagaimana firman-Nya: “Dan kami telah menciptakan jin (sebelum Adam) dari api yang sangat panas” Al Hijr: 27


Ibn ‘Abdul Barr berkata, bahawa jin menurut ahli kalam dan pengetahuan dengan lisan memiliki susunan sebagai berikut:
1. Apabila mereka adalah jin yang bebas (bukan budak), maka mereka disebut sebagai jinni.
2. Jika mereka tinggal bersama manusia, maka mereka disebut ‘Amir, jamaknya adalah ‘Ammar.
3. Jika mereka terlihat oleh anak kecil, maka mereka disebut arwah.
4. Jika buruk dan tercela tingkahlakunya, maka mereka disebut setan.
5. Jika keburukan dan sifat tercelanya lebih besar, serta lebih kuat hasratnya untuk menyesatkan, maka mereka itu adalah ifrit.


Jin merupakan makhluk hidup yang juga dilengkapi dengan akal fikiran, dan juga memiliki keinginan. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah. Mereka juga memiliki sifat-sifat yang menyamai manusia atau haiwan.
Jika kita tidak melihat jin, maka sebahagian makhluk hidup yang lain dapat melihat jin; seperti keldai dan anjing. Dalam Musnad Imam Ahmad dan Sunan Abu Dawud dengan sanad yang sahih dari Jabir secara marfu’ dijelaskan: “Jika kalian mendengar lolongan anjing serta ringkihan keldai di malam hari, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari godaan setan. Kerana mereka itu (anjing dan setan) melihat sesuatu yang tidak kita lihat” Setan dalam bahasa ‘Arab berkaitan dengan setiap kejelekan dan segala bentuk pembangkangan. Makhluk yang satu ini sentiasa dikaitkan dengan hal-hal yang bersifat pembangkangan kepada Rabb-nya. Setan berkaitan namanya dengan kata thaghut, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al qur’an: “Orang-orang yang beriman di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut. Sebab itu, perangilah kawan-kawan setan tersebut. Kerana sesungguhnya tipu daya setan itu adalah lemah. ” An Nisa’:76


Makhluk ini terputus dari rahmat Allah. Sebab itu, mereka dinamai oleh Allah s.w.t dengan sebutan iblis. Iblis adalah perkataan yang berasal daripada perkataan balasa, yang dalam bahasa ‘Arab bermaksud tidak ada kebaikan disisisnya. Iblis itu terputus dan menyesatkan.
Tidak ada nash yang spesifik, yang menunjukkan bahawa setan itu merupakan nenek moyang dari bangsa jin, ataupun salah satu daripada mereka. Walaupun terdapat argumentasi yang menjelaskannya didalam firman Allah s.w.t: “…kecuali iblis. Ia adalah dari golongan jin” Al Kahfi: 50


Ibn Taimiyah Rahimullah mempercayai, bahawa setan itu merupakan nenek moyang dari jin, seperti halnya Adam yang menjadi moyang dari manusia (Majmu’ Al Fatwa, 4;235, 246).
Jin dan setan juga makan serta minum. Dalam kitab Shahih Bukhari dari Abi Hurairah r. a dijelaskan, bahawa Nabi s.a.w memerintahkan untuk mengambil batu untuk beristinja’. Lalu baginda berkata: “Jangan bawakan kepadaku tulang ataupun kekotoran. ” Lalu Abi Hurairah bertanya kepada baginda s.a.w mengapa baginda melarangnya untukmengambil tulang dan kotoran (yang telah kering). Baginda s.a.w menjawab:”Keduanya adalah makanan jin. Kerana telah datang kepadaku delegasi mereka dan mereka menanyakan nikmat untuk mereka. Maka aku bertanya;apakah bekalan kalian? Mereka mereka menjawab dengan keduanya yakni tulang dan kotoran kering. Lalu aku berdoa kepada Allah agar tidak menjadikan tulang dan kotoran yang telah kering untuk beristinja’, serta menjadikannya untuk mereka. Kerana keduanya adalah makanan mereka. ”


Tidak asing dari kita mendengar, bahawa si Fulan dari bangsa manusia menikah dengan jin. Banyak ulama memakruhkan perkara ini. Seperti Al Hassan, Qatadah, Al Hakam dan Ishaq. Sedangkan Imam Malik tidak menemukan dalil yang melarang tentang pernikahan antara jin dengan manusia. Akan tetapi, walaubagaimanapun hal itu kurang disukai. Serta diterangkan tentang hal tersebut dengan perkataannya (Imam Malik):”Akan tetapi, aku memakruhkan jika aku menemukan seorang perempuan dari bangsa kita (manusia) yang sedang hamil, lalu ditanyakan kepadanya; siapa suamimu? Dimana dia menjawab; dari bangsa jin, maka akan banyaklah (terjadi) kerusakan (keburukan) di dalamnya.


Banyak pendapat menentang (tidak sepakat) dengan pernikahan tersebut. Dimana mereka telah memberikan dalil bahawa Allah s.w.t telah memasangkan kepada hamba-Nya dari manusia dengan menjadikan pasangan (bagi mereka) dari jenis mereka sendiri. Jika terjadi perkahwinan di antara manusia dan jin, maka akan timbul persoalan dalam aspek perlaksanaan perkahwinan itu berdasarkan hukum syara’.


Bangsa jin dan setan juga tinggal di muka bumi Allah. Mereka banyak ditemukan di lubang-lubang, padang yang luas, tempat-tempat najis (kamar mandi, tempat kotoran haiwan) dan tanah perkuburan. Setan juga tinggal di rumah yang telah lama ditinggalkan oleh manusia. Namun demikian, mereka tidak akan merasa tenang jika terdapat penyebutan nama Allah s.w.t didalamnya; berzikir, membaca Al quran. Setan juga akan berlarian tatkala mendengar adzan berkumandang. Setan suka berkeliaran pada waktu terbenamnya matahari, yakni waktu senja. Oleh itu, kita tidak digalakkan untuk berada di luar rumah pada waktu senja.


Jin dan setan itu memiliki kemampuan untuk merubah bentuk, yakni dengan bentuk manusia dan juga haiwan. Sebagaimana setan telah datang kepada golongan kaum musyrikin pada hari peperangan Badar dalam rupa Suraqah bin Malik. Jin sering wujud dalam bentuk ular. Rasulullah s.a.w telah melarang untuk membunuh haiwan yang berada didalam rumah kerana dikhuatiri jika haiwan yang dibunuh itu adalah jin yang telah masuk islam.


Rasululkah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya di Madinah ada sekelompok jin yang telah masuk Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dalam rupa dimaksud (didalam rumahnya), maka izinkinlah kepadanya selama tiga hari. Jika ia tidak pergi selepas tiga hari, maka bunuhlah. Kerana itu adalah setan. ”
Apakah semua ular itu termasuk jin atau sebahagian sahaja?? Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda: “Ular adalah bentuk jin yang terburuk. Seperti halnya monyet dan babi dari Bani Israel”


Allah s.w.t telah memberikan Nabi Sulaiman a.s untuk menguasai jin dan setan. Mereka mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman, dan Nabi a.s dapat mengurung dan memenjarakan bagi mereka yang membangkang. Firman Allah s.w.t: “Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut (ke mana saja ) yang dikehendakinya. Dan (Kami tundukkan pula kepadanya) setan-setan, semuanya ahli bangunan serta penyelam. Dan setan lain yang terikat dalam belenggu. Shad, 36-38


Jin tidak mampu unuk melawan mukjizat yang didatangkan oleh Allah untuk Rasul-Nya dan menjadi bukti atas kebenaran terhadap apa yang dibawanya. Dan ketika sebahagian orang kafir berdalih bahawa Al-quran adalah produk dari setan, maka Allah segera menjawab dengan menurunkan firman-Nya: “Dan Al-quran itu bukanlah dibawa turun oleh setan-setan. Serta tidaklah patut mereka membawa turun Al-quran itu. Dan mereka pun tidak akan kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar Al-quran itu. ” Asy Syu’ara:210-212


Setan juga tidak mampu untuk menyerupai bentuk Rasulullah s.a.w (sekalipun) dalam mimpi. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dalam kitab sunan miliknya dengan sanad yang shahih (dimana Nabi s.a.w pernah bersabda): “Siapa yang melihatku, maka itulah aku. Kerana setan tidak akan mampu untuk menyerupai diriku(Nabi s.a.w)” HR. Tirmidzi


Dengan dalil ini, siapa yang melihat Rasulullah s.a.w dalam mimpinya, maka sungguh dia telah melihat kebenaran. Iaitu, yang sesuai dengn sifat Nabi yang diriwayatkan kepada kita oleh berbagai hadis. Jika tidak sesuai maka apa yang kita lihat itu ada sebaliknya dari yang benar, dan bertentangan dengan bukti yang kuat.
Tujuan penciptaan jin adalah sama seperti tujuan penciptaan manusia. Sebagaimana dinyatakan didalam firman Allah s.w.t: “ Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku” Adz Dzariyat, 56


Dengan demikian, maka jin terbebani pula dengan perintah-perintah dan juga larangan-larangan. Siapa di antara mereka yang taat kepada Allah, maka Allah s.w.t akan redha kepadanya, dan ia (jin) akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Sedangkan bagi siapa yang membangkang, maka baginya neraka.


Allah s.w.t memberikan kepada jin kekuatan untuk beriman ataupun berlaku kufur. Begitu juga setan yang dahulunya termasuk hamba Allah yang beriman bersama para malaikat, dimana kemudian ia berlaku kufur. Dan ketika ia berada dalam kekafiran, maka jadilah ia suka kepada kejelekan, serta sentiasa mencari jalan kejelekan pula. Mereka suka mengerjakannya, serta mengajak kita untuk ikut melakukannya juga. Ia tamak terhadap apa yang buruk untuk dirinya, sehingga wajib baginya untuk diseksa.




Permusuhan antara manusia dengan setan sudah berakar sangat dalam. Kembali kepada sejarah permusuhan keduanya, yang itu dimulai pada hari ketika Allah s.w.t menyepurnakan penciptaan Adam a.s, atau sebelum ditiupkan padanya ruh. Setan lalu mendatanginya dan berkata:”Jika engkau menjadi penguasaku kelak, maka aku akan membangkang kepadamu. Dan jika engkau menjadi bawahanku, maka aku akan mencelakakanmu. ”


Dan setelah Allah meniupkan kepada Adam ruh, maka Dia memerintahkan kepada para malaikat untuk sujud kepadanya, dimana iblis juga menyembah Allah bersama para malaikat di langit, hingga perintah itu juga berlaku kepadanya. Akan tetapi, iblis merasa lebih besar (angkuh) dan sombong, sehingga ia enggan untuk sujud kepada Adam. Ia berkata:”Aku lebih baik daripada dirinya (Adam). Aku diciptakan dari api dan ia diciptakan dari tanah. ”


Dan ketika mata bapak kita (Adam) terbuka, ia melihat dirinya dihormati. Ia melihat para malaikat bersujud kepadanya. Di samping itu, ia juga menemukan musuh yang kelak akan mengintimidasi dirinya dan juga keturunnya dengan kehancuran serta kesesatan.
Allah s.w.t lalu mengusir setan dari syurga kerana kesombongannya. Ia juga mendapat janji dari Allah iaitu ia akan ditangguhkan (azab terhadap dirinya) sampai hari hai kiamat kelak. Firman Allah s.w.t: “Iblis menjawab;’beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dbangkitkan (kiamat). ’Allah berfirman;’sesungguhnya engkau termasuk dari mereka yang diberi tangguh. ” Al A’raf:14-15


Maka sang terlaknat berjanji akan menyesatkan keturunan Adam, serta menipu mereka (sebagaimana firman-Nya): “iblis menjawab; ‘kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku benar-benar akan menghalang meraka dari jalan yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan serta kiri mereka. Dan engkau tidak akan mendapati dari mereka bersyukur (taat). ” Al A’raf:16-17


Dari pernyataan tersebut menggambarkan kesungguhan setan untuk menyesatkan keturunan Adam a.s.
Setan berusaha untuk menyesatkan anak Adam dalam pelbagai cara. Antaranya ialah:
- Menghias yang batil; yakni menghiasi yang batil dalam gambaran kebenaran, lalu mengemas kebenaran dalam rupa yang batil.
- Menamai perkara yang haram dengan sesuatu yang indah. Perkara yang dimaksudkan di sini adalah sebuah perkara yang mengajak kepada berlaku maksiat.
- Sentiasa mengajak pada perilaku pemborosan. Setan akan meniupkan rasa was-was ke dalam hati manusia supaya sentiasa merasa kurang terhadap ibadah yang dilakukan. Serta hamba tersebut akan merasakan bahawa dia perlu menambahkan sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Sehingga hal itu menyebabkan kepada pemborosan dan perbuatan bid’ah, atau mungkin juga menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
- Menghalangi manusia untuk mengerjakan ibadah serta mempengaruhi kepada kelemahan dan kemalasan. Setan memujuk seseorang itu supaya bertangguh-tangguh, bermalas-malasan dalam melaksanakan ibadah. Oleh itu, setiap muslim disarankan agar segera melaksanakan sesuatu ibadah.
- Selalu berdusta dalam janji. Setan mendatangi manusia dengan janji-janji dusta dan memberikan angan-angan manis. Padahal setan menjerumuskannya ke jurang kesesatan.
- Setan menyatakan bahawa ia sedang memberi nasihat kepada manusia. Setan mengajak seseorang kepada jurang kemaksiatan dengan dalih, bahawa ia sedang memberi nasihat dan menginginkan orang tersebut untuk mendapatkan kebaikan.
- Mendorong manusia ke jalan shubhah. Setan menggoncang akidah manusia dengan menemukan manusia dengan keragu-raguan; yakni shubhah. Sebagaimana Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kepada kita untuk sentiasa waspada atas berbagai bentuk shubhah yang kita temui.
- Nyanyian dan muzik. Ini merupakan cara setan untuk merosakkan jiwa manusia dengan mendengar siulan, tepukan, nyanyian dengan alat-alat yang diharamkan, yang membuat hati itu jauh dengan Al-quran, serta cenderung kepada kefasikan dan berbuat maksiat. Namun jika sesuatu nyanyian itu memuji Allah, ia dibenarkan dalam Islam.


Banyak orang menyangka bahawa jin mengetahui yang ghaib, jin dapat memberi dan menguatkan pengetahuannya tentang sesuatu yang bersifat ghaib. Telah dijelaskan oleh Allah s.w.t bahawa semua itu adalah dusta. Ini ditunjukkan-Nya ketika Dia mencabut nyawa Nabi Sulaiman a.s. di mana Nabi diberi kekuatan untuk memberi perintah kepada bangsa jn. Dan jasad Nabi a.s tidak bergerak unuk beberapa saat lamanya. Sehingga para jin tetap mengerjakan apa yang sedang Nabi Sulaiman perintahkan kepada mereka. Mereka tidak menyedari kematian Nabi Sulaiman sehingga ketika tongkat Nabi Sulaiman telah habis dimakan oleh rayap, lalu terjatuh. Jelaslah bahawa mereka dusta jika mereka tahu akan hal yang ghaib
Masih banyak orang yang mempercayai bahawa dukun dan tukang amal mengetahui tentang perkara-perkara ghaib, padahal yang ghaib itu (ilmunya) hanya ada pada kekuasaan Allah s.w.t semata-mata. Tidak akan dijelaskan tentang sesuatu yang ghaib itu, kecuali kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari orang-orang yang soleh.
Musuh manusia yang terburuk ini (yakni setan) adalah penipu yang tamak dan selalu ingin menyesatkan Bani Adam. Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa setan akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan anak Adam. Justeru, sebagai seorang muslim, kita wajib sentiasa mempersiapkan diri dengan senjata-senjata untuk memerangi setan serta godaannya. Antara senjata-senjata orang mukmin ialah :
1. Berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah, yakni memahami dan mengamalkan keduanya. Al-quran dan As-sunnah merupakan petunjuk ke jalan kebenaran. Sedangkan setan berusaha agar kita keluar dari jalan yang lurus itu. Oleh itu, kita hendaklah mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t baik dari segi akidah, perkataan, ibadah dan syariat.
2. Berlindung kepada Allah dan memohon penjagaan daripada-Nya, yakni sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada setan yang direjam. Kerana, Allah Maha Berkuasa untuk berbuat segalaya.
3. Sentiasa berzikir kepada Allah, kerana dengan berzikir kita dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, secara tidak langsung kita dapat menjauhkan diri daripada setan yang durjana itu.
4. Sentiasa menjaga pancaindera, kerana setan akan sentiasa mencari jalan untuk menghasut manusia melakukan kejahatan.
5. Sentiasa bertenang dan tidak terburu-buru dalam semua perkara. Hal ini kerana, sikap terburu-buru amat disukai setan. Sikap ini dapat menyebabkan manusia terdorong untuk membuat kesalahan.
6. Menutup mulut apabila menguap. Menguap termasuk dalam perkara yang disukai setan. Kerana itu, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada kita supaya untuk menahan semampu kita. Itu kerana menguap merupakan tanda kemalasan. Sedangkan setan sangat jika manusia itu malas, lemah dan lalai dalam beribadat.
7. Taubat dan istighfar. Ketika seorang hamba berhadapan dengan tipu daya setan, maka hendaklah dia segera bertaubat dan meminta perlindungan daripada Allah s.w.t.
Setan dan jin juga merupakan makhluk Allah dimuka bumi ini. Kita semua diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Namun setan secara terang-terangan telah memilih untuk menjadi kafir. Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita hendaklah menjauhkan diri dari godaan setan serta sekutunya. Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah s.w.t. Wallahu’alam.

Friday 25 March 2022

Kisah Nabi Muhammad SAW Membelah Bulan





Di zaman Jahilliyah hiduplah raja bernama Habib bin Malik di Syam, dia penyembah berhala yang fanatik dan menentang serta membenci agama yang didakwahkan Rasulullah Saw.

Suatu hari Abu Jahal menyurati Raja Habib bin Malik perihal Rasulullah Saw. Surat itu membuatnya penasaran dan ingin bertemu dengan Rasulullah Saw, dan membalas surat itu Ia akan berkunjung ke Mekah.

Pada hari yang telah ditentukan berangkatlah Ia dengan 10.000 orang ke Mekah.

Sampai di Desa Abtah, dekat Mekah, ia mengirim utusan untuk memberitahu Abu Jahal bahwa Dia telah tiba di perbatasan Mekah.

Maka disambutlah Raja Habib oleh Abu Jahal dan pembesar Quraisy.

“Seperti apa sih Muhammad itu..?”

Tanya Raja Habib setelah bertemu dengan Abu Jahal.

“Sebaiknya Tuan tanyakan kepada Bani Haasyim,” jawab Abu Jahal. Lalu Raja Habib menanyakan kepada Bani Hasyim.

“Di masa kecilnya, Muhammad adalah anak yang bisa di percaya, jujur, dan baik budi.

Tapi, sejak berusia 40 tahun, Ia mulai menyebarkan agama baru, menghina dan menyepelekan tuhan-tuhan kami.

Ia menyebarkan agama yang bertentangan dengan agama warisan nenek moyang kami,” jawab salah seorang keluarga Bani Hasyim.

Raja Habib memerintahkan untuk menjemput Rasulullah Saw, dan menyuruh untuk memaksa bila Ia tidak mau datang.

Dengan menggunakan jubah merah dan sorban hitam, Rasulullah Saw datang bersama Abu Bakar As Siddiq ra, dan Khadijah ra.

Sepanjang jalan Khadijah Ra, menangis karena khawatir akan keselamatan suaminya, demikian pula Abu Bakar ra. “Kalian jangan takut, kita serahkan semua urusan kepada Allah ﷻ ” Kata Rasulullah Saw.

Sampai di Desa Abthah, Rasulullah Saw di sambut dengan ramah dan dipersilahkan duduk di kursi yang terbuat dari emas.

Ketika Rasulullah Saw duduk di kursi tersebut, memancarlah cahaya kemilau dari wajahnya yang berwibawa, sehingga yang menyaksikannya tertegun dan kagum

Maka berkata Raja Habib:

“Wahai Muhammad setiap Nabi memiliki mukjizat, mukjizat apa yang Engkau miliki..?”

Dengan tenang Rasulullah Saw balik bertanya:

“Mukjizat apa yang Tuan kehendaki..?”

Raja Habib bin Malik Menjawab:

“Aku menghendaki matahari yang tengah bersinar engkau tenggelamkan, kemudian munculkanlah bulan. Lalu turunkanlah bulan ke tanganmu, belah menjadi dua bagian, dan masukkan masing-masing ke lengan bajumu sebelah kiri dan kanan.

Kemudian keluarkan lagi dan satukan lagi. Lalu suruhlah bulan mengakui engkau adalah Rasul. Setelah itu kembalikan bulan itu ke tempatnya semula. Jika engkau dapat melakukannya, aku akan beriman kepadamu dan mengakui kenabianmu,”.

Mendengar itu Abu Jahal sangat gembira, pasti Rasulullah Saw tidak dapat melakukannya. Dengan tegas dan yakin Rasulullah Saw menjawab: “Aku penuhi permintaan Tuan.”

Kemudian Rasulullah Saw berjalan ke arah Gunung Abi Qubaisy dan shalat dua rakaat.

Slesai shalat, Beliau Saw berdoa dengan menengadahkan tangan tinggi-tinggi, agar permintaan Raja Habib terpenuhi.

Seketika itu juga tanpa diketahui oleh siapapun juga turunlah 12.000 malaikat.



Maka berkatalah malaikat:

“Wahai Rasulullah, Allah menyampaikan salam kepadamu.

Allah berfirman: ‘Wahai kekasih-Ku, janganlah engkau takut dan ragu. Sesungguhnya Aku senantiasa bersamamu. Aku telah menetapkan keputusan-Ku sejak Zaman Azali.’

Tentang permintaan Habib bin Malik, pergilah engkau kepadanya untuk membuktikan kerasulanmu. Sesungguhnya Allah yang menjalankan matahari dan bulan serta mengganti siang dengan malam.

Habib bin Malik mempunyai seorang putri cacat, tidak punya kaki dan tangan serta buta. Allah ﷻ telah menyembuhkan anak itu, sehingga ia bisa berjalan, meraba dan melihat.”

Lalu bergegaslah Rasulullah Saw turun menjumpai orang kafir, sementara bias cahaya kenabian yang memantul dari wajahnya semakin bersinar.

Waktu itu matahari telah beranjak senja, matahari hampir tenggelam, sehingga suasananya remang-remang

Tak lama kemudian Rasulullah Saw berdoa agar bulan segera terbit. Maka terbitlah bulan dengan sinar yang benderang.

ILUSTRASI Terbelahnya Bulan Lalu dengan dua jari Rasulullah Saw mengisyaratkan agar bulan itu turun ke pada nya.

Tiba-tiba suasana jadi amat menegangkan ketika terdengar suara gemuruh yang dahsyat.

Segumpal awan mengiringi turunnya bulan ke tangan Rasulullah Saw. Segera setelah itu Beliau rosulalloh membelahnya menjadi dua bagian, lalu Beliau masukkan ke lengan baju kanan dan kiri.

Tidak lama kemudian, Beliau rosulalloh mengeluarkan potongan bulan itu dan menyatukannya kembali.

Dengan sangat takjub orang-orang menyaksikan Rasulullah Saw menggengam bulan yang bersinar dengan indah dan cemerlang.

Bersamaan dengan itu bulan mengeluarkan suara:

“Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.” Menyaksikan keajaiban itu, pikiran dan perasaan semua yang hadir terguncang. Sungguh, ini bukan mimpi, melainkan sebuah kejadian yang nyata..! Sebuah mukjizat luar biasa hebat yang disaksikan sendiri oleh Raja Habib bin Malik.

Ia menyadari, itu tak mungkin terjadi pada manusia biasa, meski ia lihai dalam ilmu sihir sekalipun..!

Namun, hati Raja Habib masih beku. Maka ia pun berkata, “Aku masih mempunyai syarat lagi untuk mengujimu.” Belum lagi Raja Habib sempat melanjutkan ucapannya, Rasulullah memotong pembicaraan, “Engkau mempunyai putri yang cacat, bukan..?

Sekarang, Allah SWT telah menyembuhkannya dan menjadikannya seorang putri yang sempurna.”

Raja Habib pun terkejut karena tidak ada siapapun yang tahu penyakit anaknya itu yaitu lumpuh dan matanya buta kecuali orang-orang istana dan mereka yang dekat dengannya saja.

Mendengar itu, betapa gembiranya hati Raja Habib. Spontan ia pun berdiri dan berseru, “Hai penduduk Mekah..!

Kalian yang telah beriman jangan kembali kafir, karena tidak ada lagi yang perlu diragukan.

Ketahuilah, sesungguhnya aku bersaksi: tiada Tuhan selain Allah dan tiada sekutu baginya; dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah Utusan dan hamba-Nya..!”

Melihat semua itu Abu Jahal jengkel dan marah, dengan emosi berkata kepada Raja Habib:

“Wahai…! Raja Habib engkau beriman kepada tukang sihir ini, hanya karena menyaksikan kehebatan sihirnya..?”

Namun Raja Habib tidak menghiraukannya dan berkemas untuk pulang. Sampai di pintu gerbang istana, putrinya yang sudah sempurna, menyambutnya sambil mengucapkan dua kalimat sahadat. Tentu saja Raja Habib terkejut. “Wahai putriku, darimana kamu mengetahui ucapan itu..?

Siapa yang mengajarimu..?”

“Aku bermimpi didatangi seorang lelaki tampan rupawan yang memberi tahu ayah telah memeluk Islam. Dia juga berkata, jika aku menjadi muslimah, anggota tubuhku akan lengkap. Tentu saja aku mau, kemudian aku mengucapkan dua kalimat sahadat,” jawab sang putri.

Maka seketika itu juga Raja Habib pun bersujudlah sebagai tanda syukur kepada Allah.