Monday 25 April 2011

Bacalah Selalu Ayat kursi.....

Ayat_kursi Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda :
Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia
berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari
kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh
al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi
mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah yang perlu dibaca setiap
hari?”Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap
hari Jumaat.”Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai
rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara
langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang
diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang
al-Qur’an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti
umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan
hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Fadhilatnya;

1. Ayat kursi merupakan ayat pendiding dari ganguan syaitan yang jahat.

2. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi diibaratkan sepertimana ia membaca
Al-Quran tiga kali khatam berturut-turut.

3. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi, apabila di hari akhirat nanti Allah
akan memberikan kepadanya mahkota yang menerangi semua penghuni dunia.

4. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi akan diberikan pahala kebaikan kepadanya.

5. Ayat Kursi penangkis segala kerja-kerja jahat dari syaitan dan
kuncu-kuncunya.

6. Ayat Kursi dapat menghilangkan perasaan ragu-ragu dan was-was yang
datangnya daripada syaitan.

Antara fadhilat AYAT KURSI yang dapat dicatatkan berdasarkan hadith
adalah seperti berikut:

* Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia
akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap
perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya
rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan
dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang
berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah SWT berkenan memberikan pertolongan kepadanya.

 Rajin-rajinkanlah diri untuk sentiasa membaca AYAT KURSI.

Thursday 21 April 2011

menyempurnakan Solat Sunat Taubat

Seperti yang pernah disiarkan oleh blog/web yang lain kisah-kisah-nabi menyiarkan’nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini.

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala), 

    027alquran3.gif
      Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.


———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

Wednesday 20 April 2011

Sifat-Sifat Syaitan Laknatullah

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya
atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu
sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula
mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki
suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan
biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang
bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang
tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang
telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah SWT jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA pula
menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu
bahagian daripada 70 bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah SWT telah menciptakan Jin, iaitu
dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah SWT
masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang
dikehendaki oleh Allah SWT. Jin juga di beri izin oleh Allah SWT
menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan
dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah SAW mengikut tahap dan kemampuan
masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh Allah SWT menerima syariat
Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Rupa
bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah
SWT dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama
rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 % mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah
dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu
roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai
dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah SWT
dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula
ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani
iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian
Jin. Manakala makhluk-makluk lain pula Allah SWT jadikan daripada salah
satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada
campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan
pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula
dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Manusia memerlukan masa mengandung selama 9 bulan untuk melahirkan
zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan
menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat
kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan
terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus
mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis laknatullah
pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33
biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya.
Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri
akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan
Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin,
sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di
kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin
dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan
dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan
manusia ( Adam AS). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah SWT
telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Jin, Ifrit, Syaitan laknatullah dan Iblis laknatullah adalah merupakan
sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja
yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah
sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia.
Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya. Manakala Ifrit
pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu
serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong
lagi amat durhaka kepada Allah SWT. Iblis laknatullah dan Syaitan
laknatullah juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan
golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi
musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah SWT sehingga ke hari kiamat.

Lafaz "syaitan" sebenarnya berlaku untuk golongan jin dan manusia yang
melampaui batas dan membangkang terhadap hukum-hakam Allah. Orang Arab
kadangkala menamakan "ular" sebagai syaitan kerana ia membangkang, cepat
bergerak dan amat membahayakan. Allah SWT menyebutkan bahawa pohon
"Zaqqum" bagaikan kepala syaitan. Pohon Zaqqum adalah pohon yang tumbuh
di dasar neraka sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Muncungnya
bagaikan kepala syaitan." (Ash-Shaffat: 65)

Syaitan laknatullah sentiasa melihat kita sedangkan kita tidak dapat
melihatnya. Dia mendengar apa yang kita katakan sedangkan kita tidak
merasa apa bisikannya. Iblis laknatullah menggoda manusia dengan cara
yang halus dan tidak dirasakan. Rasulullah SAW ada bersabda:
"Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti berjalan atau
mengalirnya darah."

Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Syaitan mengikat
tengkuk salah seorang kamu (setiap orang) ketika tidur pada waktu malam
dengan tiga ikatan. Apabila orang yang tidur itu bangun dari tidurnya
kemudian dia mengingati Allah SWT (membaca doa bangun tidur) maka
terbukalah satu ikatan. Jika dia berwuduk, terbukalah satu ikatan lagi
dan jika dia mengerjakan solat (fardu Subuh) terbukalah yang ketiga,
sehingga dia menjadi sihat dan cergas. Kalau tidak melakukan yang tiga
itu, dia merasakan rimas atau malas."

Permusuhan iblis laknatullah serta syaitan laknatullah dengan bani Adam
sampai kemuncaknya pada waktu munculnya Al Masih Ad-Dajjal. Pada waktu
itu, syaitan laknatullah akan menggandakan usahanya untuk menjerumuskan
bani Adam sama-sama menemaninya ke neraka Jahannam. Moga Allah SWT
memberi kita perlindungan dari tipudaya syaitan laknatullah ini.

Umar al-Khattab RA berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

   1. Zalituun laknatullah - Duduk di pasar atau kedai supaya manusia
      hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja
      lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
   2. Wathiin laknatullah - Pergi kepada orang yang mendapat musibah
      supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.
   3. A'awanlaknatullah - Menghasut sultan, raja, pemerintah supaya
      tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan atau kekayaan
      hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat
      para ulama.
   4. Haffaf laknatullah - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
      menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.
   5. Murrah laknatullah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg
      sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam
      dalam keseronokan dan glamour.
   6. Masuud laknatullah - Duduk di bibir mulut manusia supaya
      melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang
      mula dari kata-kata mulut.
   7. Daasim laknatullah - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi
      salam ketika masuk ke rumah, Daasim laknatullah akan bertindak
      agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
      suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan
      menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan
      rumah tangga lagi).
   8. Walahaan laknatullah - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
      khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat
      kita yg lain.
   9. Lakhuus laknatullah - Merupakan sahabat orang Majusi yang
      menyembah api/matahari.

Wallahu'alam.

Tuesday 19 April 2011

Tipu Muslihat Iblis : Anda Yang Menentukan

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: “Kita tidak
dapat melarang kaum muslim ke Masjid”, “Kita tidak dapat melarang mereka
membaca Al-Qur’an dan mencari kebenaran”, “Bahkan kita tidak dapat
melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa
risalahNya Muhammad”, “Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah,
maka kekuatan kita akan lumpuh.”

“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap
melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka
tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah”.

“Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis. “Alihkan perhatian mereka
dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus
kegiatannya sepanjang hari!”. “Bagaimana kami melakukannya? ” tanya para
hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal
yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk
menyibukkan fikiran mereka,”

Jawab sang iblis “Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA
SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG”.

“Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para
suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 – 12 jam seminggu,
sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong.” “Jangan biarkan
mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.”

“Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa
rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja”.
“Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa
adanya ketenangan di rumah.”

“Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka
berkenderaan” . “Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di
rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran
maupun pusat membeli-belah di dunia ini.”

“Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka
dengan Allah dan RasulNya”

“Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid”.
“Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari”.

“Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan”. “Banjiri kotak
surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog,
undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

“Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing
dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga
mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga
membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka”

“Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah
mereka sering sakit kepala”.

“Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami,
maka akan mulai mencari hiburan di luar”. “Hal inilah yang akan
mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga”

“Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk
mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat.”

“Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji
bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke
tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2
yang melekakan”

“Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK.” “Perhatikan, jika
mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan
tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa
pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

“Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat
mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah.” “Dan Dengan
segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga
adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah).”

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL.” “RENCANA YANG BAGUS ” Iblis, syaitan
dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT
MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA”.
“Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha
Pencipta.”

“Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan
akan Allah dan RasulNya”. Sekarang pertanyaan saya adalah, “APAKAH
RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???”

ANDALAH YANG MENENTUKAN!! !

Friday 15 April 2011

Kelebihan Pahala Umat Nabi Muhammad S.A.W

Kelebihan Pahala Umat Rasulullah

*Kabul Akhbar berkata bahawa:*
Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi
Musa A.S yang mana Allah berfirman yang bermaksud:

Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh
Muhammad dan umatnya Aku menganpunkan bagi mereka (yang mengerjakan
solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia
tetap dibawah lindunganKu.

*Firman Allah S.W.T:*

Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan
umatnya, aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama,
aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku
kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membaca istighfar (memohon ampun)
bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu
langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.

*Firman Allah S.W.T:*

Wahai Musa, empat rakaat solat asar yang dilakukan oleh Muhammad dan
umatnya, maka semua para malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun
untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat,
tidaklah Aku siksa mereka.

*Firman Allah S.W.T:*

WAhai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka
pintu2 langit , dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku
berikan.

*Firman Allah:*

Wahai Musa, solat Isya empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya ketika terbenam mega-mega merah, Solat itu adalah lebih baik
daripada dunia dan seisinyadan juga mereka terlepas dari dosa-dosa.
Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu.
*Firman Allah S.W.T.:*

Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu sebagaimana Aku
perintahkan, maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu itu
dengan syurga  yang luasnya seluas langit dan bumi.

*Firman Allah S.W.T.:*

Wahai Musa, puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan
Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka
setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang
dilakukan oleh mereka yang sunat, akan diberi pahala sebesar pahala
fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul
Qadar, barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali
tetapi dengan bersungguh dan menyesal didalam hatinya terhadap
kesalahan2nya, apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka
Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid.

*Dan Firman Allah S.W.T:*

Wahai Musa, diantara umat Muhammad S.A.W. ada orang-orang yang berdiri
di atas tempat2 tinggi untuk mengumandangkan syahadat LA ILAHA ILLALLAH,
maka pahala mereka bagaikan pahala para nabi-nabi A.S. dan rahmatKu
wajib keatas mereka. Sedangkan murkaku jauh dari mereka dan tidak akan
Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat kepadaku.

Begitulah betapa besarnya ganjaran dan kelebihan untuk umat Muhammad
jika dibandingkan dengan umat para nabi yang lain. Jadi, semoga kita
dapat memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya.


Monday 28 March 2011

Kisah Penciptaan Tubuh Rasulullah S.A.W

Ka’ab al Ahbaar radhiy-Allahu ‘anhu mengatakan, “Ketika Allah SWT
menginginkan untuk menciptakan Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Ia
memerintahkan Malaikat Jibril untuk membawa kepada-Nya tanah liat yang
menjadi jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan cahayanya. Jibril
pun turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat Tertinggi di Syurga.
Ia mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi makam suci beliau
sall-Allahu ‘alaihi wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian
ia meramas dan mengadun tanah itu dengan air ciptaan terbaik dari Air
Terjun SyurgawiT asn iim, yang berada dalam sungai-sungai jernih yang
mengalir di Syurga. Ia mengaduninya sampai tanah itu menjadi suatu
mutiara putih dengan pancaran warna putihnya yang cemerlang.

Para malaikat membawanya, mengelilingi ‘Arasy Syurgawi dan gunung-gunung
dan samudera. Dengan begitu, para malaikat dan seluruh makhluq
mengetahui akan keberadaan junjungan kita Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam dan kehormatan beliau; sebelum mereka mengetahui Adam.” Ibn
‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhumengatakan, “Asal usul dari tanah liat Nabi
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam adalah dari pusat bumi, di Makkah, di titik
di mana Ka’bah berdiri. Kerana itu pula, Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam menjadi asal usul penciptaan, dan semua makhluq ciptaan adalah
pengikut-pengikut beliau.”

Pengarang Awarif al Ma’arif [al-Suhrawardi], berkata bahawa ketika
Banjir meluap, menebarkan buih ke seluruh penjuru, esensi dari Nabi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam berhenti hingga ke suatu tempat di dekat
tanah kubur baginda di Madinah, sehingga baginda sall-Allahu ‘alaihi
wasallam menjadi seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun Madinah.

Diriwayatkan bahawa ketika Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan Adam
‘alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta’ala mengilhamkan kepada Adam untuk
bertanya, “Wahai Tuhan, mengapakah Engkau memberiku nama panggilan, Abu
Muhammad (ayah dari Muhammad)?” Allah menjawab, “Wahai Adam, angkat
kepalamu.” Adam pun mengangkat kepalanya dan ia melihat cahaya dari
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam dalam kubah ‘Arsy. Adam kemudian
bertanya lagi, “Wahai Tuhan, cahaya apakah ini?” Allah menjawab, “Ini
adalah cahaya dari seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga adalah
Ahmad, dan di Bumi namanya Muhammad sall- Allahu ‘alaihi wasallam. Jika
bukan demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakan dirimu, tidak pula
Langit, tidak pula Bumi.” ‘Abd al-Razzaq meriwayatkan, dari Jabir bin
‘Abdullah radhiy-Allahu ‘anhu, bahawa ia berkata, “Ya RasulAllah, semoga
ayahku dan ibuku dikorbankan demi dirimu, ceritakan padaku tentang hal
pertama yang Allah ciptakan, sebelum yang lain-lainnya.” Beliau
menjawab, “Wahai Jabir, Allah menciptakan, sebelum apa pun yang lain,
cahaya Nabimu dari cahaya-Nya. Cahaya itu mulai bergerak ke mana pun
Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah Allah.

Pada saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum pula Pena; belum ada Syurga
mahupun Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula Bumi;
tak ada Matahari mahupun Bulan, tak ada Jinn ataupun manusia. Ketika
Allah ingin untuk menciptakan makhluq-Nya, Ia membahagi cahaya itu
menjadi empat bahagian.

Dari bahagian pertama, Ia menciptakan Pena, dari yang kedua, Tablet
(Lauh), dan dari yang ketiga, ‘Arasy. Kemudian, Ia membahagi bahagian
keempat menjadi empat bahagian: bahagian pertama membentuk para pembawa
‘Arasy, bahagian kedua menjadi penunjang kaki ‘Arasy, dan dari bahagian
ketiga Ia menciptakan malaikat- malaikat lainnya. Ia kemudian membahagi
bahagian keempat menjadi empat bahagian lagi: Ia menciptakan langit dari
bahagian pertama, bumi-bumi dari bahagian kedua, Syurga dan Neraka dari
bahagian ketiga. Kemudian Ia membahagi lagi bahagian keempat sisanya
menjadi empat bahagian: menciptakan cahaya firasat orang-orang beriman
dari bahagian pertama, cahaya kalbu-kalbu mereka(iaitu ma’rifat Allah)
dari bahagian kedua, dan dari bahagian ketiga Ia ciptakan cahaya
kesenangan dan kegembiraan (Uns, iaitu Laa ilaha illa Allah, Muhammadun
Rasuulullah).

Suatu riwayat lain dari ‘Ali ibn Al-Husain radhiy-A llahu ‘anhu dari
ayahnya [iaitu Husain ibn 'Ali ibn Abi Talib, peny.] radhiy-Allahu
‘anhu, dari datuknya [iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram-Allahu wajhahu,
dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam yang bersabda, “Aku adalah suatu
cahaya di hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan
Adam.” Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Allah menciptakan
Adam‘alaihiss alam, Ia Subhanahu Wa Ta’ala menaruh cahaya itu di
punggung Adam, dan cahaya itu biasa berkilau dari bahagian depannya,
menelan seluruh sisa cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke
‘Arasy Kekuasaan-Nya, dan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya membawanya
di pundak mereka, dan memerintahkan mereka pula untuk membawa Adam
berkeliling di Langit dan mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan
Kerajaan-Nya.

Ibn ‘Abbas radhiy-Allahu ‘anhu berkata, Penciptaan Adam adalah pada hari
Jumat di siang hari. Allah kemudian menciptakan baginya Hawa’, isterinya,
dari satu tulang rusuk kirinya ketika ia sedang tertidur. Saat ia bangun
dan melihat Hawa’, Adam merasa tenteram dengannya, dan ia mulai
merentangkan tangannya ke Hawa’. Malaikat berkata, “Berhenti, Adam.”
Adam berkata, “Kenapa, tidakkah Allah menciptakannya untukku?” Mereka
menjawab, “Tidak boleh hingga kau membayar mas kawin padanya”. Adam
bertanya, “Apa mas kawinnya?” Para Malaikat menjawab, “Dengan membaca
salawat atas Muhammad tiga kali.” [ dan dalam riwayat lain, dua puluh kali].

Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Adam‘alaihis salam meninggalkan
Syurga, ia melihat tertulis di kaki ‘Arasy dan di setiap titik dalam
Syurga, nama Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam di samping nama
Allah. Adam bertanya, “Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?” Allah menjawab,
“Dia adalah anakmu, yang jika seandainya tidak demi dirinya, tentu Aku
tidak akan menciptakanmu.”Kemudian Adam berkata, “Wahai Tuhan, demi anak
ini, kurniakanlah rahmat pada ayahnya.” Allah memanggil, “Wahai Adam,
seandainya engkau akan bersyafa’at melalui
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bagi seluruh penduduk Langit dan
Bumi, Kami akan kabulkan permohonan syafa’atmu.”

‘Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu ‘anhu berkata bahawa Sayyidina
Muhammads all- Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ketika Adam berbuat
dosa, ia berkata, ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu demi Muhammad untuk
mengampuniku.’ AllahSubhan ahu Wa Ta’ala berfirman padanya, ‘Bagaimana
dirimu tahu akan Muhammad padahal Aku belum menciptakannya?’ Adam
menjawab, ‘Kerana ketika Engkau, Ya Tuhanku, menciptakanku dengan
Tangan- Mu, dan meniupkan padaku dari Ruh-Mu, aku memandang ke atas dan
melihat tertulis di kaki-kaki ‘Arasy, Laa ilaaha illallah, Muhammadun
Rasuulullah. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan menaruh suatu nama di
samping Nama-Mu, melainkan pastilah itu adalah nama seseorang yang
paling Kau-cintai dari makhluq-Mu.’ Allah berfirman,

‘Oh, Adam, kau telah mengatakan kebenaran: dialah yang paling Kucintai
di antara makhluk ciptaan-Ku. Dan kerana engkau telah memohon pada-Ku
demi dirinya, engkau kuampuni. Seandainya tidak untuk Muhammad, Aku tak
akan menciptakanmu. Dialah penutup para Nabi dari keturunanmu.’”

Dalam Hadits Salman radhiy-Allahu ‘anhu, diriwayatkan bahawa Jibril
turun menemui Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Tuhanmu
mengatakan, ‘Jika Aku telah menjadikan Ibrahim sebagai yang Ku-cintai,
sahabat dekat (khalil), Aku pun menganggapmu demikian. Tak pernah
Ku-ciptakan makhluk apa pun yang lebih berharga bagi-Ku daripada dirimu,
dan telah Ku-ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan maksud untuk
membiarkan mereka mengetahui kehormatanmu dan mengetahui erti
keberadaanmu bagi-Ku; dan seandainya tidak
untukmu, tidaklah Kuciptakan dunia ini’”.

Hawa melahirkan empat puluh anak dari Adam, dalam dua puluh kali
kelahiran; tetapi ia melahirkan Seth [atau Syits]‘alaihiss alam secara
terpisah, sebagai kehormatan bagi junjungan kita Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam, yang cahayanya berpindah dari Adam ke Seth. Sebelum
wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan anak-anaknya kepada Seth, dan ia
pun, sebagai gilirannya, mempercayakan pada anak-anak tersebut, wasiat
dari Adam: untuk menaruh cahaya itu hanya pada wanita yang suci. Wasiat
ini berlanjutan, abad demi abad, sampai Allah memberikan cahaya itu
kepada Abdul Muttalib dan puteranya, Abdullah. Dengan cara inilah, Allah
menjaga kemurnian salasilah tanpa cela dari Nabi Muhammads all- Allahu
‘alayhi wasallam, dari perzinaan orang-orang bodoh. Ibn ‘Abbas
radiyAllahu ‘anhu berkata,“Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam
bersabda, ‘Tak satu pun perzinaan jahil menyentuh kelahiranku. Aku
dilahirkan tidak lain hanya dengan pernikahan Islam.’” Hisyam ibn
Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, “Aku menghitung
bagi (silsilah) Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam ada lima
ratus ribu ibu, dan tak kutemukan di antara mereka satu jejak pun
perzinaan, atau apa pun dari interaksi orang-orang bodoh.”


Ali radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam
bersabda, “Aku datang dari pernikahan, aku tidak datang dari perzinaan;
dari Adam hingga diriku dilahirkan dari ayah dan ibuku, tak satu pun
perzinaan orang jahil yang menyentuh diriku.”

Ibn ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu
‘alaihi wasallam bersabda, “Orang tua moyangku tak pernah melakukan
perzinaan. Allah menjaga memindahkanku dari sulbi yang baik ke rahim
yang suci, murni dan tersucikan; bila saja ada dua jalan untuk
berpindah, aku menuju ke yang terbaik di antara mereka.” Anas
radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallammembaca, “La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum” [QS. 9:128],
dan bersabda, “Aku adalah yang terbaik di antara kalian dalam
silsilahku, dalam hubungan-hubungan-ku dan nenek moyangku: tak ada
perzinaan pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat hingga ke Adam.”

‘Aisyah radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan dari Nabi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam bahawa Jibril‘alaihis s alam berkata, “Aku telah meneliti Bumi
dari timur ke barat, dan tak kutemui seorang manusia pun yang lebih baik
dari Muhammadsall- Allahu ‘alaihi wasallam, dan tak kutemui seorang anak
laki-laki dari ayah mana pun yang lebih baik dari anak-anak Hasyim (Bani
Hasyim).” Dalam Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah radiyAllahu ‘anhu
meriwayatkan bahawa Nabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Aku
telah diutus dari generasi terbaik dari Anak-anak Adam, satu demi satu
hingga aku mencapai keadaanku sekarang ini.” Dalam Sahih Muslim, Watsila
ibn al-Aska’ meriwayatkan bahawa Muhammadsall- Allahu ‘alaihi wasallam
bersabda, “Allah telah memilih Kinana dari anak-anak Isma’il, dan
Quraisy dari Kinana, dan dari Quraish, anak-anak Hasyim, dan akhirnya
memilihku dari Bani Hasyim.” Al ‘Abbas radiyAllahu ‘anhu berkata Nabi
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Allah menciptakan
makhluq, dan menempatkanku dalam kelompok- kelompok terbaik, dan yang
terbaik dari dua kelompok; kemudian Ia memilih suku, dan menaruhku pada
yang terbaik di antara keluarga-keluarga mereka. Kerana itulah, aku
memiliki keperibadian terbaik, roh dan sifat terbaik, dan memiliki
asal-usul terbaik di antara mereka.”

Ibn ‘Umar radiyAllahu ‘anhu berkata bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi
wasallam bersabda, “Allah memeriksa ciptaan-Nya dan memilih Bani Adam
(manusia) dari mereka; Ia memeriksa Bani Adam dan memilih orang-orang
Arab darinya; Ia memeriksa kaum Arab dan memilihku dari antara mereka.
Kerananya, aku selalu menjadi yang terpilih di antara yang terpilih.
Lihatlah, orang-orang yang mencintai kaum Arab, adalah kerana cinta
kepadaku hingga mereka mencintai kaum Arab, dan mereka yang membenci
kaum Arab, adalah kerana mereka membenciku hingga mereka pun membenci Arab.”

Ketahuilah bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam tidaklah terkait
(memiliki) secara langsung pada saudara laki-laki atau perempuan siapa
pun dari orang tua-orang tuanya; beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam
adalah anak satu-satunya mereka dan silsilah mereka berhenti pada
beliau. Dengan begitu, beliau secara eksklusif ‘memegang penuh’ suatu
silsilah yang Allah (SWT)inginkan menjadi yang tertinggi yang dapat
dicapai suatu kenabian, dan yang memegang puncak kehormatan.

Jika Anda memeriksa status silsilah beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam
dan mengetahui kesucian kelahiran beliau sall-Allahu ‘alaihi wasallam,
Anda akan yakin bahawa silsilah beliau adalah suatu keturunan dari
ayah-ayah yang terhormat, kerana beliau adalah Al-Nabi sall-Allahu
‘alaihi wasallam, Al ‘Arabi sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Abtahi
sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Harami sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al
Hasyimi sall-Allahu ‘alaihi wasallam, Al Quraisyi sall-Allahu ‘alaihi
wasallam, elite dari Bani Hasyim, seseorang yang telah dipilih dari
suku-suku terunggul bangsa Arab, dari silsilah terbaik, keturunan paling
mulia, cabang yang paling subur, pilar tertinggi, asal usul terbaik,
akar-akar terkuat, memiliki lidah terfasih, gaya bicara terhalus, darjat
kebajikan) yang paling memberatkan, iman paling sempurna, persahabatan
paling kuat, kaum kerabat paling terhormat dari kedua pihak orang tua,
dan dari tanah Allah yang paling mulia. Beliaus all- Allahu ‘alaihi
wasallam memiliki banyak nama dan yang paling terkemuka adalah Muhammad
sall-Allahu ‘alaihi wasallam ibn (putera) Abdullah. Beliau juga adalah
putera Abdul Muttalib, yang namanya adalah Syaybat-ul Hamd, anak Hasyim,
yang namanya adalah Amr; anak dari Abd Manaaf, yang namanya adalah
al-Mughiirah, anak dari Qusai, yang namanya adalah Mujammi’, anak dari
Kilaab, yang namanya Hakiim, ibn Murra, ibn Ka’b (dari suku Quraisy),
ibn Lu’ai, ibn Ghalib, ibn Fihr, yang namanya adalah Kinana, ibn
Khuzaima, ibn Mudrika, ibn Ilias, ibn Mudhar, ibn Nizar, ibn Ma’add, ibn
Adnan.

Ibn Dihia berkata, “Para ulama setuju dan kesepakatan ulama adalah bukti
bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam telah menyebutkan
silsilah beliau hingga Adnan, dan tidak menyebutkan di atas itu.” Ibn
‘Abbas radiyAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa bila saja Muhammads all-
Allahu ‘alaihi wasallam menyebutkan silsilahnya beliau tak pernah
menyebut di atas Ma’add, ibn Adnan, dan akan berhenti, dengan
mengatakan, “Para genealogis (ahli silsilah) telah berbohong.” Beliau
akan mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali. Ibn ‘Abbas juga
berkata, “Di antara Adnan dan Isma’il ada tiga puluh ayah yang tak
diketahui [namanya, red.].”

Ka’b al-Ahbaar radiyAllahu ‘anhu berkata, “Ketika cahaya Muhammadsall-
Allahu ‘alaihi wasallam sampai pada Abdul Muttalib, dan dia telah
mencapai usia kedewasaan, dia tidur suatu hari di halaman Ka’bah; ketika
ia bangun, matanya terhitamkan dengan antimony (kohl), rambutnya
terminyaki, ia terhiasi dengan jubah yang indah dan cantik. Ia terkejut,
tak mengetahui siapa yang telah melakukan hal itu padanya. Ayahnya
menggapai tangannya dan segera membawanya ke tukang ramal Quraisy;
mereka menasihatinya untuk menikah, dan ia pun menikah. Bau dari misk
terbaik biasa memancar keluar dari dirinya, dengan Nur (cahaya) dari
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam berkilauan dari dahinya. Bila saja
terjadi kekeringan, kaum Quraisy biasa membawanya ke Gunung Tsabiir, dan
berdoa kepada Allah melalui dirinya memohon Allah untuk menurunkan
hujan. Allah akan menjawab doa mereka dan menurunkan hujan kerana
barakah dari Nur Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam.” Ketika Abrahah,
raja Yaman datang untuk menghancurkan rumah suci (Ka’bah) dan khabar
tentang ini sampai ke kaum Quraisy, Abd al-Muttalib berkata pada mereka,
“Ia tak akan sampai ke Rumah ini, kerana Rumah ini di bawah perlindungan
Tuhannya.”

Dalam perjalanannya ke Makkah, Abrahah menjarah unta-unta dan domba kaum
Quraisy, di antaranya empat ratus unta betina milik Abd Al-Muttalib. Ia
dan banyak dari kaum Quraisy pergi ke Gunung Tsabiir. Setelah mendaki
gunung tersebut, cahaya dari NabiyAllah sall-Allahu ‘alaihi wasallam
muncul dalam bentuk suatu lingkaran di dahinya seperti sebuah bulan
sabit, dan sinarnya terpantulkan ke Rumah Suci Ka’bah. Ketika ‘Abdul
Muttalib melihat hal itu, ia berkata, “Wahai, kaum Quraisy, engkau boleh
kembali sekarang, sudah aman. Demi Allah, kini cahaya ini telah
membentuk suatu lingkaran pada diriku, tak ada keraguan bahawa
kemenangan menjadi milik kita.”

Mereka kembali ke Makkah, di mana mereka bertemu seorang laki-laki yang
diutus Abrahah. Saat melihat wajah ‘Abdul Muttalib, laki-laki tersebut
tertegun, lidahnya tergagap-gagap. Ia pun pingsan, sambil melenguh
seperti lembu jantan yang tengah disembelih. Ketika ia sedar kembali, ia
pun jatuh bersujud kepada Abdul Muttalib, sambil berkata, “Aku bersaksi
bahawa engkau benar-benar Pemimpin Kaum Quraisy.”

Telah diriwayatkan pula bahawa ketika Abdul Muttalib muncul di depan
Abrahah, gajah putih yang besar dalam pasukannya melihat ke wajah Abdul
Muttalib dan jatuh berlutut seperti seekor unta, dan jatuh bersujud.
Allah membuat gajah tersebut berbicara, berkata, “Keselamatan bagi
cahaya di sulbimu, wahai Abd al-Muttalib.” Ketika pasukan Abrahah
mendekat untuk menghancurkan Ka’bah suci, gajah tadi berlutut kembali.
Mereka memukulinya kepalanya dengan hebat untuk membuatnya berdiri, yang
tak mahu ia lakukan. Tetapi, ketika mereka memutarnya menuju Yaman, ia
pun berdiri. Kemudian Allah mengirimkan untuk melawan mereka,
armada-armada burung dari lautan, setiap ekor dari mereka membawa tiga
batu: satu dalam paruhnya, dan satu dalam setiap cakar kakinya.
Batu-batu itu memiliki ukuran seperti miju-miju, dan jika satu batu
mengenai seorang prajurit, prajurit itu akan terbunuh. Pasukan Abrahah
lari tunggang langgang. Abrahah sendiri terserang suatu penyakit. Hujung
jari-hujung jarinya terlepas, satu demi satu. Tubuhnya mengeluarkan
darah dan nanah, dan akhirnya jantungnya terbelah, dan ia pun tewas.

Peristiwa inilah yang diacu oleh Allah ketika Ia berfirman pada
Nabi-Nyas all- Allahu ‘alaihi wasallam, mengatakan, “Tahukah engkau
bagaimana Tuhanmu memperlakukan Pasukan Gajah…” (QS Al-Fiil:1-5).
Peristiwa ini adalah suatu tanda akan martabat dari junjungan kita,
Muhammad sall-Allahu ‘alaihi wasallam, dan suatu tanda akan kenabiannya,
dan kedudukannya. Peristiwa ini juga menunjukkan kehormatan yang
dikurniakan pada masyarakatnya, dan bagaimana mereka dilindungi, yang
membuat kaum Arab menyerah pada mereka, dan percaya pada kemuliaan dan
keunggulan mereka, kerana adanya perlindungan Allah atas diri mereka dan
pembelaan-Nya pada mereka melawan plot dari Abrahah yang seakan-akan tak
dapat dikalahkan .

Sunday 27 March 2011

Arasy Allah

Apakah itu Arasy? Ia adalah benda ghaib iaitu jasad yang dijisimkan.
Penjaga bagi Arasy ialah malaikat.

Kaki-kaki malaikat yang memikul Arasy terletak di bumi paling bawah
sedangkan kepala-kepala malaikat itu menembusi Arasy dalam keadaan
khusuk tunduk tanpa mengangkat kepala. Kaki-kaki malaikat berada di
bawah bumi dengan jarak 500 tahun perjalanan. Pada mulanya Arasy ALLAH
amat berat sehinggakan malaikat tidak mampu mengangkatnya. Tetapi ALLAH
memerintahkan supaya malaikat-malaikat tersebut mengucapkan SUBHANALLAH
lalu Arasy itu menjadi ringan.

Diriwayatkan bahawa ada malaikat lain yang ingin tahu apa itu Arasy dan
bertanya kepada ALLAH. Lalu ALLAH ciptakan pada malaikat tersebut 30,000
sayap dan terbanglah malaikat itu selama 30,000 tahun. Maka ALLAH pun
bertanyalah kepada malaikat itu Sudah sampaikah kamu ke Arasy?. Jawab
malaikat Saya belum lagi menempuh 1/10 tinggi Arasy.

Terdapat 8 Malaikat pemikul Arasy dan setiap malaikat mempunyai 4 wajah.
Arasy ALLAH ada 7,000,000 tingkat dan setiap tingkat bertasbih kepada
ALLAH dengan suara yang berbeza-beza. Andaikata ALLAH mengizinkan
sesuatu untuk mendengarnya nescaya akan runtuhlah gunung-ganang dan akan
keringlah air di lautan.

Pada Arasy terdapat gambar dari semua makhluk di dunia ini sama ada di
daratan ataupun di lautan. ALLAH menciptakan Arasy dari permata zamrud
hijau dan 4 buah tiangnya dari yakut merah.

Arasy pernah bertanya pada ALLAH adakah ia makhluk yang paling besar
dicipta? Lalu ALLAH menciptakan seekor ular yang mampu melilit Arasy.
Ular tersebut mempunyai 70,000 sayap dan pada setiap sayap ada 70,000
bulu. Setiap bulu ada 70,000 wajah dah setiap wajah ada 70,000 mulut.
Setiap hari keluarlah tasbih dari mulut ular sebanyak titisan hujan,
sebanyak batu-batu, sebanyak hari-hari di dunia dan sebanyak bilangan
malaikat seluruhnya. Maka dililitnya Arasy oleh ular dengan menggunakan
hanya separuh daripada panjang badannya.

SUBHANALLAH.....