Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W,
“Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi
menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama,
melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab,
“Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat
Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang
tidak dilindungi awan”.
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu
melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79
hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang
paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara
engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab
yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di
dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga
Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan
hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati suasana
paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka
dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah.
Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril
menghantar bau-bauan harum untuk
para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula
burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.
Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan
harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka
bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni
syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji
Allah untuk orang yang beriman.
Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan
menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan
kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh
manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai
hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu
semuanya”.
Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan
terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang
paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman
syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah
sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke
atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu.
Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di
hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.
Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar
yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat
supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isa
memperdengarkan bacaan kitab injil yang pernah diturunkan Allah
kepada beliau.
Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan
beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab
Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran Rasulullah
membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah
didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua
penghuni syurga terpegun.
Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah
diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu
hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja
hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang
sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut
melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.
Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang
menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat
paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di
sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah.
Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia
menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.
Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha
Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami,
izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai
hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua
rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat
untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah
tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk
kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi
keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.
Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah
masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu
dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami?
Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan
kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada
pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza
wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang
yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.”
[Yunus: 26]
Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi
penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para
penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu
pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam
syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Subhanallah...
ReplyDeletesubhanallah ,ya allah bilaka kau memasuki syurgamu bersama orang ini seta lainya di syurgamu yang tertinggi yaitu firdaus maka masukanlah kami ya allah seseungguhnya engkau maha menyelamatkan dan memberi maka ijin kan lah bila suatu nanti kami menyak sikan ia (muhammad) membaca qur an maka ijin kami melihat wajah mu yang berseri dan harum
ReplyDeleteAllahuakbar
ReplyDeleteSubhanalllah
ReplyDelete