Friday, 15 April 2011

Kelebihan Pahala Umat Nabi Muhammad S.A.W

Kelebihan Pahala Umat Rasulullah

*Kabul Akhbar berkata bahawa:*
Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi
Musa A.S yang mana Allah berfirman yang bermaksud:

Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh
Muhammad dan umatnya Aku menganpunkan bagi mereka (yang mengerjakan
solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia
tetap dibawah lindunganKu.

*Firman Allah S.W.T:*

Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan
umatnya, aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama,
aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku
kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membaca istighfar (memohon ampun)
bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu
langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka.

*Firman Allah S.W.T:*

Wahai Musa, empat rakaat solat asar yang dilakukan oleh Muhammad dan
umatnya, maka semua para malaikat dilangit dan dibumi meminta ampun
untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat,
tidaklah Aku siksa mereka.

*Firman Allah S.W.T:*

WAhai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka
pintu2 langit , dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku
berikan.

*Firman Allah:*

Wahai Musa, solat Isya empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya ketika terbenam mega-mega merah, Solat itu adalah lebih baik
daripada dunia dan seisinyadan juga mereka terlepas dari dosa-dosa.
Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu.
*Firman Allah S.W.T.:*

Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu sebagaimana Aku
perintahkan, maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu itu
dengan syurga  yang luasnya seluas langit dan bumi.

*Firman Allah S.W.T.:*

Wahai Musa, puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan
Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka
setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang
dilakukan oleh mereka yang sunat, akan diberi pahala sebesar pahala
fardhu. Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul
Qadar, barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali
tetapi dengan bersungguh dan menyesal didalam hatinya terhadap
kesalahan2nya, apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka
Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid.

*Dan Firman Allah S.W.T:*

Wahai Musa, diantara umat Muhammad S.A.W. ada orang-orang yang berdiri
di atas tempat2 tinggi untuk mengumandangkan syahadat LA ILAHA ILLALLAH,
maka pahala mereka bagaikan pahala para nabi-nabi A.S. dan rahmatKu
wajib keatas mereka. Sedangkan murkaku jauh dari mereka dan tidak akan
Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat kepadaku.

Begitulah betapa besarnya ganjaran dan kelebihan untuk umat Muhammad
jika dibandingkan dengan umat para nabi yang lain. Jadi, semoga kita
dapat memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya.


No comments:

Post a Comment